Friday 25 November 2011

Korang Bertudung ???

Assalamulaikum Pembaca yg kiut miut !!


Per cer hari nie ?? Hope hari nie lebih baik dari semalam. Amin3..


Ermm korang nak tahu tak sebelum ni Kila memang la tak bertudung sebenarnya. Dulu masa kecik2 Kila selalu tertanya-tanya kenapa kita orang perempuan ni kena bersusah payah pakai tudung. Yela, pakai tudung nie kan merimaskan ye tak ?? Tapi.. pepatah ada cakap ala bisa tegal biasa. Maksudnya kalau dah biasa pakai memang akan sentiasa selesa & tak rasa rimas pun.


Dulu masa kecik2 mak Kila suruh pakai tudung mesti Kila cakap balik kat mak
" kalau abang tak pakai tudung adik pun tak mo pakai !! "
hahahaha.. Kalau Kila jadi mak dah lama bagi PENAMPO !! Nasib baik mak Kila penyabar kan ?


Setelah bertaubat ( bertaubat lah sangat an ) Kila pun berhijrah ke arah pemakai tudung yang setie. Tak mo dah pakai tudung bila ada mood je. Bila tahu dah keistimewaan bertudung dari free hair rasanya lepas nie dah tak nak dah kot bukak tudung depan orang.






Betul ke x banyak keistimewaannya ?? Mesti la betul. Kan Islam ni agama yang perfect. Lagi pun kita mana la boleh menafikan kemanisan Islam ye tak ?? Nak nafikan gak ?? Hermmm TERAJANG MAU ??


Kalau tak caye bacelah statement kat bawah nie :




✿ Tuntutan agama
 Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab,“Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.
  
✿ Mengurangkan dosa
Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.
  
✿ Lebih pintar dan tenang
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

 ✿ Tidak membazir
Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampu, pewarna rambut yang mahal atau pergi ke salun.

✿ Lebih sopan dan manis
Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi wanita2 nie ada value added sebenarnya)

 Rambut lebih tahan lama dan sihat
Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut.Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia yang merosakkan.

✿ Menjadikan diri anda “Mahal”
Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya yang tinggi di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

 Lebih dihormati
Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.. Isha-Allah , Amin Ya Allah


Selamat berhijrah yee !!






kikisha



No comments:

Post a Comment