Tuesday 1 November 2011

Tips HiLangKan FrUst NonGgenG =)



Salam semua. Bila disebut mengenai putus cinta, aku rasa kebanyakan daripada kita semua pernah mengalaminya kan. Tak kira la putus cinta tahun bila, tapi yang pastinya mesti terdapat perasaan tak best ketika putus cinta tu kan. Kalau ada yang gembira pula, lain cerita. Aku nak cerita mengenai cara mengubati perasaan putus cinta ni k.


Jangan Hubungi Pasangan Anda!

Jangan call, sms, e-mail atau apa- apa cara sekali pun yang berkaitan dengan menghubungi. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.


Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda.


Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.

Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Anda Sahaja!


Masalah cinta seperti ini anda perlukan seseorang yang betul- betul rapat dan memahami anda. Seseorang yang betul- betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda. Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan anda untuk meluah.

Jangan dikenang masa bersama

Yang ni antara sebab korang terlalu bersedih kalau putus cinta. Seeloknya, jangan difikirkan langsung segala “saat-saat indah” korang bersama dengan bekas cinta korang. Seboleh-bolehnya cuba terus lupakan kenangan tu. Anggap yang korang langsung tak pernah kenal dengan si dia.Kalau ada hadiah ataupun barang-barang pemberian dari si dia, aku sarankan korang simpan barang tu. Jangan letak di tempat yang korang boleh nampak selalu. Takut nanti susah nak lupakan kenangan bersama.


Bergaul bersama rakan-rakan dan keluarga
Amaran !!! Jangan biarkan diri anda keseorangan. Carilah teman untuk bergaul. Bila bergaul dengan rakan-rakan ataupun keluarga, korang tak akan rasa kesunyian. Elakkan dari kesunyian kalau baru lepas putus cinta ni. Bahaya. Sebab itu seeloknya bergaul dengan ahlikeluarga dan kawan-kawan. Mesti korang akan rasa ada pengubat hati dan kalau masih ada perasaan sedih tu, korang boleh la luahkan kepada keluarga dan kawan-kawan. Tak ada la timbul masalah stress pulak.

Ingat kepada pegangan agama
Bagi yang beragama islam, berdoa lah banyak-banyak agar Allah mudahkan korang melalui masalah ini. Lagipun korang kena ingat, segala ujian yang Allah bagi kepada hambanya mesti ada penyelesaiannya. Kena ingat juga setiap perkara yang berlaku ada hikmah-hikmahnya. Jadi mungkin korang akan bertemu pasangan yang lebih sesuai lepas ni kan. Mana tahu bekas pasangan korang tu bukan calon yang paling sesuai untuk kamu. Renung-renungkan. Jangan lihat suatu perpisahan tu dari sudut negatif sahaja. Kena dilihat dari sudut positifnya jugak kan.



Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan
Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah keranaanda mampu mengharungi perpisahan ini.

Mulakan mencari!
Haha..mungkin ada sesetengah yang rasa tip terakhir ni agak keterlaluan. Tapi percaya lah, ni merupakan salah satu cara yang paling berjaya nak mengubati kekecewaan selepas putus cinta. Dalam proses nak mencari ni, baru korang perasan yang sebenarnya korang tu masih berharga. Cari lah yang rapat dulu dengan kita, jangan terus-terus nak cari yang jauh pulak kan. Kang orang cakap gatal pulak. Seeloknya mulakan dengan berkawan dulu, bila dah selesa, baru la beranjak kepada status hubungan yang lebih elok kan. Hehe
So, kepada yang baru putus cinta tu, kalau ada masalah dengan perasaan dan emosi korang sekarang, harap penulisan yang tak seberapa aku ni dapat la membantu korang dalam mengatasi kekecewaan tuh. Walau seteruk mana pun kekecewaan korang, ingat lah yang bunuh diri bukan jalan penyelesaian yang terpantas dan mudah k. Cheers
p/s: Bila putus cinta, jangan kecewa. Sepatutnya bertuah sebab Allah dah tunjuk yang si dia bukan pasangan yang sesuai untuk kita. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Bersyukurlah.

No comments:

Post a Comment