Wednesday, 7 December 2011

pedulikan semalam

hurrmmm.. di tengah malam yang sayu nie TERjiwaang la pulak kan. Haisshh.. Dah gedix sangat ke cik Kiki oii.. Hahahahahaha.. 


Cer habaq kat Kiki sape yang x sayang pakwe. Haaaaa... Maybe x ramai yang tahu pasal hubungan kami nie kan.. Sebenarnya kami dah 2 tahun berkawan rapat tapi baru sekarang terbukak hati nak berkapel. Tak sangka pulak boleh ade perasaan macam ni kat dy. Tapi sumpah Kiki cakap even Nack ni nampak nerd tapi semua kawan2 Kiki puji dia. Maybe sebab kesantunan yang dilemparkan kottt.. Chewahhh.. Tak mau dah nak puji die lebih2.. Kang x pasal2 kene beli spander baru pulak kang. Hurmmm.. Nothing special in the relationship. Juz like any other couple. Kami teramat jarang luangkan masa untuk msg & call. Wall-to-wall lagilah jauh kan.. Nak buat macam mana kan dah memang nasib badan ni dapat pakwe yang giler belajar. revision of all time. Kadang2 Kiki jelez & hot gak kenape la die yang lelaki tu boleh rajin belajar tp Kiki yang perempuan malasnya masyaAllah.. Hahahahaha.


Sebenarnya Kiki x nak pun cerita panjang tentang benda nie. Kang owg kate Kiki nak menunjuk pakwe kat public la pulak kan ?? Lagipun hal peribadi macam nie lebih baik hanya dikongsi pada teman rapat je kott..


Oke kite lupekan sume tentang cintan2 nie. Jom cite pasal studi. Ingat Kiki.. Jangan nak lalai dengan C-I-N-T-A !! Cinta boleh cari lepas studi tapi belajar..?? ( haaaa.. jawab sendiri dalam hati ). Buat apa nak kejar cinta awal2, bukan boleh kawin sekarang pun. Kalau boleh kawin pun, nak ke kawin pada usia 18 tahun nie ?? Kiki tak nak.. Tak habis nak enjoy lagi. Tak puas nak gesel2 bawah ketiak mak la !! 



Ish banyak melalut sangat aihh.. Ermm so far berada kat AS dah hampir 4 mnggu ni oke2 je. Jadi student sem 2 rase cm dah x same macam sem 1 dulu. Kene kurangkan ckit enjoy nie. Duit pon kene lebih berjimat-cermat. Scandal- bundle dah x wujud dah. I admit, b4 mang Kiki active giler berscandal. hahahaha.. Sekarang dah bertaubat. Alhamdulillah.. 


Bab mentelaah pun dah ade kemajuan cikit kot sekarang nie. Hujung minggu mesti siapkan nota2 ringkas tuk semua subjek. Tak bnyak masa dh nak enjoy. Kiki tahu dalam kelas Kiki x ambik perhatian sangat untuk subjek tertentu. Tu sebab kene korban sikit waktu dan tenaga untuk belajar sendiri kat asrama. Hope sem nie lebih baik dari sem lepas. Kekecundangan pada sem lepas tak bermakne sem seterusnya pun akan kecundang jugak kan? Mood kerajinan perlu ditambah setiap hari. Speed menaip nota pun kena pantaskan lagi. No patuk2 ayam okee.. Title puteri tidur perlu dilucut segera ! Banyak lagi penambahbaikan yang perlu Kiki buat dalam diri ni untuk pastikan matlamat nak berjaya untuk sem nie berjaya. Amin3..


Segala pengalaman pahit dan manis yang lepas biar lah lepas. Kalau boleh Kiki dah x nak toleh kebelakang. Pedulikan segalanya tentang semalam. Kalau Shasha boleh kenapa Kiki x boleh kan ?? Shasha la yang jadi pembakar semangat Kiki. Lepas dia tak ada Kiki rasa macam Kiki wajib sambung "kepandaian" dia. Mak selalu bangga ngan dia. Sekarang dia dah tak ada. Biarlah Kiki pulak yang buat mak bangga. InsyaAllah.. Amin3.. Sumpah akak rindu Shasha.


Pada kawan2 rumet, kelasmet, hope u all boleh selalu bagi sokongan pada Kiki. Tolonglah marah Kiki kalau Kiki terlalu banayk main2. Kiki akan doakan yang terbaik jugak untuk seluruh teman dan sahabat Kiki.  InsyaAllah..









kikisha




No comments:

Post a Comment